Sejarah RIngkas Geng Plastik Ija

Aktiviti GPI bermula pada Nov 2017 di pantai Kuala Kertih apabila beberapa sukarelawan melakukan plogging bagi membersih pantai ini dari sampah2 bawaan air serta sampah tinggalan pengunjung.


Aktiviti sukarela ini mendapat sokongan dari komuniti setempat. Dari masa ke semasa semakin ramai yang menyertai aktiviti plogging di pantai ini.


Pada pertengahan 2020, aktiviti GPI berkembang ke pantai2 lain di daerah Kemaman. Pada November 2020, GPI didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.


GPI seterusnya berkembang ke daerah2 lain di Terengganu bila geng GPI Dungun, GPI Marang, GPI Kuala Terengganu serta GPI Besut terbentuk dengan diketuai dan disokong oleh komuniti di daerah berkenaan.

Untuk usaha kitar semula pula, pada Okt 2020, GPI mula mengasingkan botol-botol plastik yang dikutip di tepi pantai dan dihantar ke pusat kitar semula.


Dari Kertih menjalar ke Kemaman

dan disambut se-Terengganu


Visi & Misi

VISI

GPI berwawasan agar Terengganu dan pantai-pantainya menjadi suatu negeri dan pantai yang terbersih dengan didokong oleh komunitinya yang cintakan alam sekitar.

MISI

GPI berusaha untuk memacu perubahan positif di kalangan komuniti setempat dan menyemai sifat tanggung-jawab bersama dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.